Gadis Iban antara yang tercantik di dunia??
yeke???
Gadis Iban atau "Seadayak" adalah antara gadis yang mempunyai perwatakan yang menarik. Ramai yang masih berfikiran negatif bahawa gadis iban masih tidak memakai baju dan warna kulit yang hitam dan tinggal di pokok. Tak kurang juga yang berpandangan yang gadis iban kotor dan tidak mengamalkan kebersihan diri. Ada yang berpendapat gadis-gadis ini berperut buncit dan rambut keriting banyak "kutu".
oh..tidak. Tidak sama sekali.
"Tidak percaya ker???"
Masyarakat Iban Terutamanya golongan wanita telah lama berpakaian. Cuma golongan tertentu yang macam "katak bawah tempurung" jer yang tidak tahu mengenainya.
Gadis Iban bukan sekadar cantik dan menarik. Mereka juga mempunyai pendidikan yang tinggi dalam pelajaran dan kerjaya.
Daya saing dan potensi untuk berjaya yang tinggi di kalangan gadis Iban setaraf dengan gadis-gadis lain di dunia. Kepandaian mereka menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa iaitu bahasa Iban dan bahasa Melayu sejak dari kecil tidak mematahkan semangat untuk menimba ilmu sehingga sampai ke tahap yang tertinggi.
" MENGUASAI SEKURANG-KURANGNYA DUA BAHASA"
" KEMASUKAN KE IPTA DAN IPTS MENINGKAT "
Perningkatan kemasukan gadis-gadis Iban di institut pengajian tinggi awam dan swasta amat membanggakan. Oleh itu gadis Iban telah seiring dengan gadis lain di dunia.
"mengikut arus fesyen semasa"
Gaya dan penampilan setiap gadis iban mengikut arus pemodenan fesyen semasa.
Masyarakat Iban terutama golongan gadis amat lah mementing keterampilan diri supaya tidak tinggal dengan arus pemodenan semasa.